1. MUQADDIMAH
Pemimpin pasukan perlu dipersiapkan dengan pelbagai
kemahiran yang berkaitan dengan seni kepemimpinan sama ada untuk mengurus,
mentadbir, merancang dan melaksanakan setiap program dan aktiviti untuk
ahli-ahli dan pasukan . Kerjasama, persefahaman, dan kesatuan matlamat serta
tindakan di dalam sesuatu pasukan amatlah perlu demi membentuk kemantapan dan
kecemeriangan pasukan dan ahli-ahli pada masa akan datang.
2. MATLAMAT
2.1.
Membentuk pemimpin dan seni kepemimpinan yang berwibawa dan berkesan
2.2.
Membina dan memantapkan sahsiah dan disiplin diri serta iltizam kepada
amanah kepimpinan pasukan
2.3.
Menjana motivasi, ketahanan diri dan semangat sepasukan
2.4.
Membangun dan menyuburkan aspek kerohanian dan akhlak pemimpin dan
kepimpinan
2.5.
Membantu guru pemimpin untuk mengurus pasukan, program dan aktivtiti
3. OBJEKTIF
3.1
Untuk menguasai kemahiran asas kawat kaki, kawat formasi, bantu mula,
simpulan dan ikatan, seni gejet dan persiapan perkhemahan
3.2
Untuk menguasai kemahiran membuat sajian pasukan dan sajian medan
3.3
Untuk mengetahui dan memahami pengurusan dan tugasan dalam pasukan
3.4
Untuk menguasai kemahiran pengurusan orang sakit di rumah (POSDIR)
3.5
Untuk membuat persediaan pasukan untuk menjayakan program dan akitviti
PBBMRCNK - 2014
0 comments:
Post a Comment