Pertubuhan
Briged Bakti Malaysia (BBM) didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan atau Badan
Bukan Kerajaan ( NGO ) kategori sosial dan rekreasi di bawah Akta
Pertubuhan 1966 pada 30
Julai 1997 dengan nombor pendaftaran: 148 (Rujukan: PPM 596 / 97 (5) : PPP / KEL. 10 / 97).
1.
SEJARAH
DAN LATAR BELAKANG PENUBUHAN BRIGED BAKTI MALAYSIA
1.1 Briged Bakti Malaysia
(BBM) dilahirkan daripada idea
atau gagasan beberapa orang / aktivis
program ‘Islamic Outreach ABIM’ ( IOA ) di sekitar tahun 1989. BBM ini ditubuhkan bertujuan antara lainnya
untuk menjadi salah satu saluran dan media khidmat sosial dan bimbingan kepada masyarakat khususnya kepada golongan
remaja dan belia tanpa mengira agama,
bangsa, keturunan dan darjat.
BBM juga merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan ( NGO ) dan pasukan
yang akan melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dalam
kerja-kerja amal, sukarela dan kemasyarakatan seperti memberi bantuan
kecemasan, berkhidmat di pusat bantuan
banjir, tempat bencana atau kemalangan, kebakaran, gotong-royong dan sebarang
bentuk kegiatan dan khidmat masyarakat yang lain.
1.2 Antara kumpulan pengasas dan aktivitis awal BBM ialah
§ Tuan
Hj. Abdul Rahman b. Bakar ( Pengerusi )
(
Pesuruh Jaya Pengakap KLM, Sijil Jurulatih ( MK.3 ) Pengakap, Sijil Latihan
JPA3 )
§ En.
Abdul Hadi b. Muhammad ( Setiausaha )
(
B.A.Hons. Pendidikan Jasmani ( UPM )
§ Dr.
Hj. Abdul Razak b. Hj. Kechik
( Penolong
Pengarah Perubatan, Hospital Besar Kota Bharu )
§ Mejor (B). Hj. Abdul
Wahab b. Abdul Wahid ( Pesara Tentera )
§ Tuan
Hj. Abd. Hadi b. Mohamad ( Komandan
Pasukan SJAM, Maktab Perguruan )
§ En.
Othman b. Mohamad Amin( Aktivis Sosial –
Sistem Telekom Malaysia, Kelantan )
1.3 Pasukan pembantu dan pembimbing pada peringkat awal
penubuhan dan pelaksanaan latihan ahli-ahli Briged Bakti ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPA3 ), Kelantan.
1.4 Perkataan atau akronim ‘BAKTI’ bermaksud ’ Briged
Kecemasan Belia ’ Landasan
gerak kerja BBNK berteraskan Kesukarelaan, Keilmuan, Kebajikan, Kesejahteraan
dan Keikhlasan. Antara bidang
kemahiran dan latihan yang diberikan kepada ahlinya ialah Kawat Kaki,
Pertolongan Cemas, Menyelamat, Pengurusan Jenazah, Kebombaan, Bina Insan,
Khidmat Masyarakat ( KHIDMAS ) dan lain-lain.
1.5 Pihak BBM telah memulakan program dan aktiviti awalnya di
peringkat remaja sekolah menengah
melalui penubuhan unit beruniform BBM bagi menarik minat para pelajar sekolah menyertainya
secara rasmi sebagai salah satu kegiatan unit beruniform dalam kokurikulum di
sekolah.
1.6 PENUBUHAN
PASUKAN PERINTIS / PENGASAS
Pada awal tahun 1991, 4 buah sekolah menengah telah menjadi sekolah perintis
/ pelopor kepada program Briged Bakti ( Unit
Beruniform ) yang dikenali pada masa itu sebagai Pasukan Briged Bakti Remaja ( PBBR ) setelah BBM direstui bergerak di
sekolah – sekolah menengah Negeri Kelantan.
( Rujukan: PPKN.KK.5058 / 179 / ( 2 ) bertarikh: 1
Disember 1990 )
Sekolah-sekolah perintis / pelopor tersebut ialah:
Sek. Men. Keb. (A) Naim Lil Banat - Kota
Bharu
Sek. Men. Keb. Zainab 1 - Kota
Bharu
Sek. Men. Keb. Pintu Geng - Kota Bharu
Sek. Men. Keb. (A) Falahiah - Tumpat
1.7 Pada 7
hingga 11 Jun 1994, BBM diundang oleh
pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menghadiri ” Kursus Motivasi Remaja, Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah ” di Kem Belia Waja,
Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan
sebagaisatu daripada persiapan awal KPM untuk menubuhkan Pasukan Kadet
Remaja Sekolah di seluruh Sekolah Menengah di seluruh negara. Seramai 40 orang
ahli / pelajar dari 10
buah sekolah menengah negeri Kelantan yang mempunyai
pasukan BBM dengan 3 orang guru
pemimipin.
( Rujuk: KPPM ( U.K ) 1 . 03. 3 ( 12 ) bertarikh: 19
April 1994 )
1.8 Pada 9 Ogos 1996
satu majlis pelancaran rasmi pasukan dan
program Briged Bakti Malaysia telah
disempurnakan oleh YB. Tan Sri Dato Sri Haji Muhyidin bin Mohd Yassin, iaitu
Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada masa itu; bersempena dengan program PERHIMPUNAN
PERDANA 1 Pasukan Briged Bakti Remaja Negeri Kelantan (PKBBRNK) bertempat di
Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
1.9 Pada 30 Julai 1997 BBM telah mendapat kelulusan pendaftaran
rasmi daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kuala Lumpur sebagai
sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) dengan nombor pendaftaran 148.
Mulai daripada saat itu BBM mempunyai entitinya sendiri dan dapat merancang serta bergerak menjalankan
program dan aktivitinya dengan lebih bebas dan berdikari di samping
dapat mengembang dan memajukan lagi pergerakannya secara lebih meluas dan
berkesan.
( Rujuk:
PPM/Kel.596 / 97 ( 6 ) bertarikh: 15 Ogos 1997
dan
Perakuan PendaftaranPPM / KEL.596 /97 ( 5 ) PPP / KEL. 10 / 1997 )
1.10 Mulai tahun 1997, BRIGED BAKTI REMAJA telah dikenali sebagai Pasukan Kadet Briged Bakti Negeri Kelantan – PKBBNK ( untuk penyesuaian dengan unit – unit beruniform lain di
peringkat Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan )
- Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
- Jabatan Pertahanan Awam ( JPA3 ) Negeri Kelantan,
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan,
- Markas 8 Briged Infantri
- Badan – badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan dan swasta yang lain bagi men-jayakan program dan aktiviti pasukan dari semasa ke semasa .
0 comments:
Post a Comment